Wednesday, November 24, 2010

-LiQA' 10-

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Ikhwah yang dirahmati Allah sekalian,



Alhamdulillah, dengan jayanya, kami di pihak admin LiQA 10 telah berjaya menghasilkan blog LIGA KAHERAH 2010 atau lebih dikenali sebagai LiQA 10 seperti yang anda sedia maklum.


Buat pengetauan antum semua, LiQA pada edisi ini  merupakan edisi yang ke-2 selepas telah di anjurkan dengan jayanya pada tahun 2009. Namun pada edisi kali ini telah di beri nafas baru. Dengan pengurusan yang telah diatur untuk setiap universiti iaitu Univ. Kaherah, Univ. Ain Shams dan Univ. Al-Azhar. Pada tahun sebelumnya, liga ini telah dilakukan serentak antara Univ. Ain Shams dan Azhar manakala Univ. kaherah dilansungkan secara beransingan.


Pada tahun ini LiQA telah diadakan untuk setiap Universiti. Pemenang akan mewakili Universiti masing-masing di dalam kejohanan INTER KAHERAH pada awal tahun hadapan. Insya-Allah.


Kami merancang, kita merancang, Allah juga merancang. Ketahuilah bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Justeru, kami sekali lagi memohon maaf atas segala kesulitan yang telah dan akan berlaku yang akan menyebabkan program tersasar dari perancangan asal. Semoga Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.
Sekian dahulu,





Pengerusi LiQA 10 -azhar-

No comments:

Post a Comment